Tuesday, September 24

Proton X50 | Review Bayangan Spes & Price Sebelum DiLancarkan

Ramai orang dah mabuk asmara dengan Proton X50 walaupun sehingga artikel ini ditulis,ia belum dilancarkan secara rasmi.

Admin ada terbaca 'REVIEW BAYANGAN' ini dalam group whatsapp alumni sekolah.

Demi korang semua,admin copy paste balik kat sini,moga Ramalan Pak Belalang ini pasal Proton x50 bakal menjadi KENYATAAN..huhu





------------------------------------------------------------------------------


Kata orang estimated price untuk X50 adalah RM75,000 to RM95,000

Saya estimate harga termurah adalah RM68,800. Geely dan proton semestinya akan menggunakan no 8 yang membawa ong. Dikatakan ada banyak benda yang Proton akan buang untuk spec yang termurah. Berikut adalah spec ramalan.

  • Tiada Suroof/moonroof
  • Ekzos dan body kit biasa
  • Tiada spoiler
  • Tiada fungsi autonomous seperti Parking assist dan Semi Auto Pilot, dan tiada auto emergency braking
  • Namun dikekalkan airbag(2 sahaja), ABS, EBD, braking assist, traction control dan ESP untuk maintain safety rating, dan auto cruise control yang biasa
  • Skrin yang lebih kecil dan tiada navigasi. Namun panel meter instrumen adalah sama iaitu digital.
  • Manual transmisi
  • Kamera parking sahaja (bukan 360)
  • Lampu halogen berbanding LED
  • Engine 1.0 dan 6 gear transmisi

Namun spec enjin 1.0 kebarangkalian tidak akan diperkenalkan pada awal pelancaran X50. Ianya mungkin akan diperkenalkan selepas 1-2 tahun X50 dilancarkan.








Maka spec di atas mungkin tidak terpakai dan spec seterusnya yang menggunakan enjin 1.5 enjin turbo (174hp dan 255Nm) dan transmisi automatik 7 speed dikatakan lebih realisitik untuk menjadi spec X50 terendah.

Harga X50 1.5 AT RM 75,800 (lowest spec)

  • Tiada Suroof/moonroof
  • Ekzos dan body kit biasa
  • Tiada spoiler
  • Tiada fungsi autonomous seperti Parking assist dan Semi Auto Pilot, dan tiada auto emergency braking
  • Namun dikekalkan airbag(2 sahaja), ABS, EBD, braking assist, traction control dan ESP untuk maintain safety rating, dan auto cruise control yang biasa
  • Skrin yang tiada navigasi namun disertakan sistem hi proton. panel meter instrumen bukan digital.
  • Manual transmisi
  • Kamera parking sahaja (bukan 360)
  • Lampu halogen berbanding LED
  • Engine 1.5 dan 7 speed AT
  • Manual Aircond
  • Manual seat adjustment
  • Seat bukan kulit

Spec premium pula akan datang dengan harga RM 98,800 mencecah RM 100k atau mungkin lebih

  • Spec body kit dan exhaust yang lebih sporty
  • Level 2 autonomous driving (pilot assist, smart auto cruise, brake assist) dan parking assist
  • Kerusi kulit
  • Navigation + full system hi proton + panel meter digital
  • Kamera 360
  • Auto parking
  • Air beg sisi tambahan
  • Automatik 1.5 7 speed AT
  • Lampu LED
  • AC automatik
  • Seat elektronik motor adjustment untuk driver + memori
  • Moon roof
  • Warna premium
  • Auto wiper

Tiada AWD hanya 2WD.



Owh ya. PHEV juga patut diperkenalkan. Proton mungkin perlu berbincang dengan kerajaan tentang insentif atau pengecualian cukai. Namun saya rasakan ianya sukar, kerana ketika ini pun Proton telah mendapat pelepasan yang banyak daripada kerajaan melalui X70 dan akan datang X50.

Apa pun, ianya hanya prediction melalui bacaan saya sahaja dan berpandukan apa yang ada di China.

2 comments:

  1. Harga X50 1.5 AT RM 75,800 (lowest spec)? 51/5000 Sepertinya
    proton x50 malaysia benar-benar jenis saya

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ulasan Proton X50 oleh saudara

    ReplyDelete