Tuesday, September 24

Proton X50 | Review Bayangan Spes & Price Sebelum DiLancarkan

Ramai orang dah mabuk asmara dengan Proton X50 walaupun sehingga artikel ini ditulis,ia belum dilancarkan secara rasmi.

Admin ada terbaca 'REVIEW BAYANGAN' ini dalam group whatsapp alumni sekolah.

Demi korang semua,admin copy paste balik kat sini,moga Ramalan Pak Belalang ini pasal Proton x50 bakal menjadi KENYATAAN..huhu





------------------------------------------------------------------------------


Kata orang estimated price untuk X50 adalah RM75,000 to RM95,000

Saya estimate harga termurah adalah RM68,800. Geely dan proton semestinya akan menggunakan no 8 yang membawa ong. Dikatakan ada banyak benda yang Proton akan buang untuk spec yang termurah. Berikut adalah spec ramalan.

  • Tiada Suroof/moonroof
  • Ekzos dan body kit biasa
  • Tiada spoiler
  • Tiada fungsi autonomous seperti Parking assist dan Semi Auto Pilot, dan tiada auto emergency braking
  • Namun dikekalkan airbag(2 sahaja), ABS, EBD, braking assist, traction control dan ESP untuk maintain safety rating, dan auto cruise control yang biasa
  • Skrin yang lebih kecil dan tiada navigasi. Namun panel meter instrumen adalah sama iaitu digital.
  • Manual transmisi
  • Kamera parking sahaja (bukan 360)
  • Lampu halogen berbanding LED
  • Engine 1.0 dan 6 gear transmisi

Namun spec enjin 1.0 kebarangkalian tidak akan diperkenalkan pada awal pelancaran X50. Ianya mungkin akan diperkenalkan selepas 1-2 tahun X50 dilancarkan.








Maka spec di atas mungkin tidak terpakai dan spec seterusnya yang menggunakan enjin 1.5 enjin turbo (174hp dan 255Nm) dan transmisi automatik 7 speed dikatakan lebih realisitik untuk menjadi spec X50 terendah.

Harga X50 1.5 AT RM 75,800 (lowest spec)

  • Tiada Suroof/moonroof
  • Ekzos dan body kit biasa
  • Tiada spoiler
  • Tiada fungsi autonomous seperti Parking assist dan Semi Auto Pilot, dan tiada auto emergency braking
  • Namun dikekalkan airbag(2 sahaja), ABS, EBD, braking assist, traction control dan ESP untuk maintain safety rating, dan auto cruise control yang biasa
  • Skrin yang tiada navigasi namun disertakan sistem hi proton. panel meter instrumen bukan digital.
  • Manual transmisi
  • Kamera parking sahaja (bukan 360)
  • Lampu halogen berbanding LED
  • Engine 1.5 dan 7 speed AT
  • Manual Aircond
  • Manual seat adjustment
  • Seat bukan kulit

Spec premium pula akan datang dengan harga RM 98,800 mencecah RM 100k atau mungkin lebih

  • Spec body kit dan exhaust yang lebih sporty
  • Level 2 autonomous driving (pilot assist, smart auto cruise, brake assist) dan parking assist
  • Kerusi kulit
  • Navigation + full system hi proton + panel meter digital
  • Kamera 360
  • Auto parking
  • Air beg sisi tambahan
  • Automatik 1.5 7 speed AT
  • Lampu LED
  • AC automatik
  • Seat elektronik motor adjustment untuk driver + memori
  • Moon roof
  • Warna premium
  • Auto wiper

Tiada AWD hanya 2WD.



Owh ya. PHEV juga patut diperkenalkan. Proton mungkin perlu berbincang dengan kerajaan tentang insentif atau pengecualian cukai. Namun saya rasakan ianya sukar, kerana ketika ini pun Proton telah mendapat pelepasan yang banyak daripada kerajaan melalui X70 dan akan datang X50.

Apa pun, ianya hanya prediction melalui bacaan saya sahaja dan berpandukan apa yang ada di China.

Wednesday, September 18

Proton X50 | Jelmaan Geely Bin Yue

Aku tak pastilah korang perasan atau tidak.
Proton Malaysia HQ pernah tunjuk secara tak sengaja model yang lebih sporty masa diaorang buat ujian Proton X50.
Berdasarkan homework yang aku buat.
Dalam pasaran China memang terdapat 2 varian
  • Geely Bin Yue STANDARD
  • Geely Bin Yue SPORTS
Banyak-banyaklah berdoa semoga Proton Malaysia HQ akan bawak masuk model yang sports yang siap spoiler,door visor & bodykit bagai.


Baru puas hati rasanya aku nak beli & membonggak kat depan bebudak H!


Tuesday, September 17

Proton X50 | Engine Teknologi Volvo

Kalu tak der angin,masakan pokok boleh bergoyang.
Dengar citer...
Proton X50 nak pakai Engine 1.5 liter turbo (174 hp/255 Nm) dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.
Wow Ker WoW?
Bukan Kaleng-Kaleng nie sebab setahu admin.Ini adalah enjin Drive-E yang dibangunkan bersama hasil bersetongkol dengan Volvo dan Geely. 
Semudah A..B..C kalu nak memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j.
Yang PENTING kena saman jangan lupa bayorrr.

Sunday, September 15

Proton X50 | Comparison Table VS Proton X70

[Ini Rumor!!] Tengok Boleh,Percaya Jangan

Admin pun share nie pun sebab kagum dengan designer yang gigih buat comparison table nie.

Sajer baca buat syok-syok.

Kalu berdasarkan hukum akal.Nama Proton X50 pun belum rasmi lagi walaupun memang ada kemungkinan besar model nie akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Production pun belum jalan.

Entah CBU @ Entah-Entah CKD.Hentamlah Labuuuuuu

Desas-desus mulut netizen cakap Tahun 2020 baru launching.

Gomen nak buat sekaligus dengan pelancaran Kereta Terbang..huhu :)




Saturday, September 14

Proton X50 | Dikesan Bersiar-Siar Di Sekitar Kuala Terengganu

Jengg..Jengggg...Jenggggg

Infomer terserempak kereta persis Proton X50 yang sedang diapit depan belakang oleh abangnya Proton X70.

Suratan ATAU Kebetulan nie weii?

Secara tak langsung,korang pun boleh buat perbandingan dari especially dari segi saiz & kapasiti.